Mari Belajar Mengenal Nombor dan Mengira bersama TABIKA KEMAS
12 Mac 2015 | Aktiviti TerkiniPada 11 Mac 2015, Pusat Internet Padang Besar (s) telah mengadakan aktiviti bersama kanak-kanak tadika berumur empat sehingga lima tahun. Aktiviti ini diadakan pada waktu sekolah iaitu pada pukul 9.30 pagi sehingga 10.30 pagi bertempat di Pusat Internet Padang Besar (s). Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak tadika tentang penggunaan internet dan juga memberi peluang kepada mereka untuk menggunakan komputer.
Aktiviti ini dimulakan dengan tayangan video pembelajaran mengira nombor beserta lagu. Kemudian, mereka diberi latihan menggunakan laman web pembelajaran interaktif untuk mereka lebih memahami nombor-nombor yang dipelajari. Menerusi aktivitiini, kanak-kanak tadika ini mendapat pendedahan awal tentang komputer dan mereka juga dapat mempelajarinya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: